Blog ini dibuat untuk berkongsi pengalaman saya sebagai Pemandu Uber.
Sehingga kini kerajaan masih belum betul-betul sahkan perkhidmatan Uber di Malaysia. Seperti yang kita tahu, pemandu teksi juga telah buat undang-undang sendiri dengan menahan pemandu Uber mengikut suka hati mereka! Sebelum ini SPAD ada buat operasi dengan menyita kenderaan pemandu Uber. Namun 'dengar' nya sekarang tiada tindakan akan diambil oleh SPAD dan JPJ sehingga kerajaan mengubal undang-undang yang berkaitan.
Setelah memikir selama sebulan, akhirnya saya telah mendaftar untuk menjadi Pemandu Uber pada 16 April 2016. Dokumen-dokumen MyKad, Lesen Memandu dan Insurans Cover Note perlu di muat naik semasa proses pendaftaran tersebut. Tiada masalah disini tetapi, setiap hari insurans cover note hilang dari pendaftaran. Hanya muat naik kali ke 4 baru dapat pengesahan.
Kemudian saya telah dihubungi Uber untuk menghadirkan diri dalam sesi taklimat pada 23 April 2016 jam 12 tengah hari selama 45 minit. Saya sampai di Uber Partner Support Center (PSC) Malaysia sebelum jam 12 dan melalui proses pendaftaran. Taklimat hanya bermua pada jam 1.15 petang dan berakhir jam 2 petang. Pada masa ini akaun Uber telah diaktifkan dan saya dah boleh mula beruber.
Semasa proses pendaftaran, majoriti kelihatan adalah bangsa cina yang kebanyakkannya muda-muda belaka. Selepas keluar dari taklimat, terdapat ramai yang menunggu giliran untuk sesi taklimat seterusnya. Kelihatan juga gadis bertudung. Saya boleh anggarkan dalam 50 orang berada di Uber PSC ketika saya di sana antara jam 12 hingga 2 petang. Kemungkinan kini telah ramai warga KL yang telah mendaftar sebagai Pemandu Uber.
Berminat menjadi Pemandu Uber? Sila klik Pemandu Uber, masukkan kod rujukan (invite code) 8b9qyzj8ue dan anda akan berpeluang mendapat insentif sebanyak RM100 dari Uber.

No comments:
Post a Comment