Monday, May 9, 2016

Minggu Pertama: RM148.45

24 April 2016: Hari ini jam 9 pagi, bermulalah kerjaya sampingan sebagai pemandu Uber. Berjaya mendapat 9 trips dengan trip pertama dari penumpang yang juga kali pertama menggunakan Uber. Jarak terpendek hanya 0.7km dengan pendapataan RM1.52.

Alhamdulillah dapat trip ke KLIA sejauh 64km dengan pendapatan RM71.15. Penumpang adalah warga Singapura yang peramah dan telah menggunakan perkhidmatan Uber di merata negara.

Penumpang seterusnya dari Cyberjaya tapi saya telah tersilap mengambil penumpang kerana tidak menanyakan maklumat dan terus bergerak. Pastikan nama penumpang sama seperti di dalam Uber Apps sebelum "Start Trip". Nasib baik belum jauh dan terpaksa pusing semula. Penumpang juga baik kerana tidak kisah terpaksa Request for Pick-up semula.

Saya juga tersilap "Start Trip" kerana keliru dengan Apps Uber. Mohon berhati-hati sebelum slide untuk "Start Trip".

Saya telah menamatkan perkhidmatan pada pukul 2 petang. Untuk 5 jam, saya berjaya mendapat RM148.85

Nota: semua RM yang dinyatakan adalah selepas ditolak yuran Uber

No comments:

Post a Comment