Monday, May 9, 2016

Minggu ke Dua: RM205.97

Saya telah mendapat 17 trips pada minggu kedua. Alhamdulillah saya tidak melakukan kesilapan seperti minggu pertama.

Namun untuk minggu kedua, sebanyak RM135 adalah bayaran secara tunai. Perasaan seriau muncul ketika mengambil penumpang dari kondo dan apartment servis di pusat bandar kerana kelihatan beberapa teksi menunggu di sekitar. Penumpang dari negara Euro yang faham keadaan dengan senang hati duduk di depan.

Saya tidak memandu pada 2 Mei kerana mod "malas" menjelma setelah menunggu selama 30 minit tapi tiada permintaan.

No comments:

Post a Comment